Friday, 31 August 2012

Hari Kemerdekaan


Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos, 2007, Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50.
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.
Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

Tema

Berikut merupakan tema-tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kini.
TahunTema
1970Muhibah dan Perpaduan
1971Masyarakat Progresif
1972Masyarakat Adil
1973Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975Masyarakat Berdikari
1976Ketahanan Rakyat
197720 Tahun Bersatu Maju
1978Kebudayaan Seni Perpaduan
1979Bersatu Berdisiplin
1980Berdisiplin Berbakti
1981Berdisiplin Berharmoni
1982Berdisiplin Giat Maju
1983Bersama ke Arah Kemajuan
1984Amanah Asas Kejayaan
1985Nasionalisme Teras Perpaduan
1986Bangsa Tegas Negara Teguh
1987Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989Bersatu
1990Berjaya
1991Wawasan 2020
1992Wawasan Asas Kejayaan
1993Bersatu Menuju Wawasan
1994Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995Jatidiri Penggerak Wawasan
1996Budaya Penentu Kecapaian
1997Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006Keranamu Malaysia
2007Malaysiaku Gemilang
2008Perpaduan Teras Kejayaan
20091Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
20101Malaysia Menjana Tranformasi
20111Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
2012 (Sekarang)1Malaysia. Janji Ditepati
Sumber : Wikipedia

Memori Cinta Luka

Memori Cinta Luka - Mawi AF3/Nasser Wahab

Seindah pada waktu itu
Dalam sendu membelaiku
Asmara melewati
Kala sendu

Tersurat prpishan Ini
melayari hari
Terpadamlah api
Cinta yang menyala

Buka alasan itu
Yang ku mahu darimu
Impian yang ku bina
Pudar layu
Tiada bermakna

Setelah lama ku korbankan
Tiada bererti
Dan biarkan terasing disini

Hanya saat ini
Yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu

Hanya saat ini
Merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara

Tidak ku duga mengapa begini
Berakhirlah kisah cinta nan luka
Tak mungkin akan bersinar kembali
Tak mungkin kau sedari

Musnah semua janji yang terucap
Dalam senyum menyusuk di dada
Dan kini kau telah pergi
Tinggalku sendiri


Setelah lama ku korbankan
Tiada bererti
Dan biarkan terasing disini


Hanya saat ini
Yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu

Hanya saat ini
Merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara

Tidak ku duga mengapa begini
Berakhirlah kisah cinta nan luka
Tak mungkin akan bersinar kembali
Tak mungkin kau sedari

Musnah semua janji yang terucap
Dalam senyum menyusuk di dada
Dan kini kau telah pergi
Tinggalku sendiri

Thursday, 30 August 2012

1Malaysia

1Malaysia

1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.
Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.
Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah gagasan ini.

Slogan 1Malaysia
Slogan "Satu Malaysia" pada tahun 2009 adalah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Slogan pada tahun 2010 pula ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi", Slogan-slogan tersebut juga adalah tema sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-52 dan ke-53. Manakala pada tahun 2011 pula, tema "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera" dipilih bagi mewarnai hari kemerdekaan Malaysia yang ke-54.
TahunTema
2009Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010Menjana Transformasi
2011Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

Logo 1Malaysia

Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia. Logo Tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sumber : Wikipedia.org

Rombongan Merdeka 1956

Sejarah 1Malaysia : Rombongan Merdeka ke London 1956

Pada 3 Jun 1957,  satu  perhimpunan  menyambut  ketibaan  Rombongan  Kemerdekaan  ke  London yang merundingkan hal berkaitan dengan Rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu  telah  diadakan  di  Lapangan  Terbang Tentera Udara, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Lebih dua ribu orang telah berkumpul bagi menyambut kepulangan seramai tujuh orang anggota  rombongan yang diketuai oleh YTM Tunku  Abdul  Rahman  Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.  Anggota  rombongan ini terdiri daripada  tiga  orang  wakil daripada pihak kerajaan  dan  tiga lagi  wakil daripada  Raja-raja  Melayu.   Antara  yang  turut  serta  dalam  rundingan  yang  berlangsung  selama  lapan  hari  di Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London  ini  ialah  Encik  Ong  Yoke  Lin,  Encik  V.T  Sambanthan,  Encik  Mohamed  Khir Johari  dan  Penyimpan  Mohor  Besar Raja-raja, Tuan  Haji  Mustapha  Al-Bakri.  Hasil rundingan yang diadakan ini satu persetujuan telah dicapai dan membawa kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah  Melayu 1957.

Sumber : Arkib Negara Malaysia