Showing posts with label pendudukan jepun di tanah melayu. Show all posts
Showing posts with label pendudukan jepun di tanah melayu. Show all posts

Saturday, 15 September 2012

Jepun menyelah Kalah

Jepun menyerah pada bulan Ogos 1945 menandakan berakhirnya Perang Dunia II. Angkatan Laut Empayar Jepun secara efektif sudah tidak ada sejak Ogos 1945, sementara Serangan Sekutu terhadap Jepun hanya tinggal waktu. Walaupun keinginan untuk melawan hingga titik penghabisan dinyatakan secara terbuka, pemimpin Jepun dari Dewan Penasihat Ketenteraan Jepun secara pribadi memohon Kesatuan Soviet untuk berperanan sebagai mediator dalam perjanjian damai dengan syarat-syarat yang menguntungkan Jepun. Sementara itu, Kesatuan Soviet juga bersiap-siap untuk menyerang Jepun dalam usaha memenuhi janji kepada Amerika Syarikat dan Ingeris di Konferensi Yalta.
Pada 6 Ogos dan 9 Ogos, Amerika Syarikat menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Pada 9 Ogos, Kesatuan Soviet melancarkan penyerbuan mendadak ke koloni Jepun di Manchuria (Manchukuo) yang melanggar Pakta Netralitas Soviet–Jepun. Maharaja Hirohito campur tangan setelah terjadi dua peristiwa mengejutkan tersebut, dan memerintahkan Dewan Penasihat Militer untuk menerima syarat-syarat yang ditawarkan Sekutu dalam Deklarasi Potsdam. Setelah berlangsung perundingan di balik layar selama beberapa hari, dan kudeta yang gagal, Maharaja Hirohito menyampaikan pidato radio di hadapan rakyat pada 15 Ogos 1945. Dalam pidato radio yang disebut Gyokuon-hōsō (Siaran Suara Maharaja), Hirohito membacakan Perintah Empayar tentang Penyerahan kalah, sekaligus mengumumkan kepada rakyat bahwa Jepun telah menyerah.
Pendudukan Jepun oleh Komando Tertinggi Sekutu dimulai pada 28 Ogos. Upacara Penyerahan kalah diadakan pada 2 September 1945 di atas kapal tempur Amerika Syarikat Missouri. Dokumen Penyerahan kalah Jepun yang ditandatangani hari itu oleh pejabat pemerintah Jepun secara resmi mengakhiri Perang Dunia II. Penduduk sipil dan anggota militer di negara-negara Sekutu merayakan Hari Kemenangan atas Jepun (V-J Day). Walaupun demikian, sebagian pos komando terpencil dan personel militer dari kesatuan di pelosok-pelosok Asia menolak untuk menyerah selama berbulan-bulan bahkan hingga bertahun-tahun setelah Jepun menyerah. Sejak Penyerahan kalah Jepun, sejarawan terus berdebat tentang etika penggunaan bom atom
Pada tahun 1945, Jepun telah hampir dua tahun berturut-turut mengalami kekalahan berkepanjangan di Pasifik Barat Daya, kampanye militer Mariana, dan kampanye militer Filipina. Pada Juli 1944 setelah Saipan jatuh, Jenderal Hideki Tōjō diangkat sebagai perdana menteri oleh Jenderal Kuniaki Koiso yang menyatakan Filipina sebagai tempat pertempuran berikutnya yang menentukan. Setelah Filipina jatuh, giliran Koiso yang diganti oleh Laksamana Kantarō Suzuki. Paruh pertama tahun 1945, Sekutu sudah berhasil merebut Iwo Jima dan Okinawa. Setelah diduduki Sekutu, Okinawa dijadikan daerah singgahan untuk menyerbu ke pulau-pulau utama di Jepun.
Operasi kapal-kapal selam Sekutu dan penyebaran ranjau di lepas pantai Jepun telah menghancurkan sebagian besar armada dagang Jepun. Sebagai negara dengan sedikit sumber daya alam, Jepun bergantung kepada bahan mentah yang diimpor dari daratan Asia dan dari wilayah pendudukan Jepun di Hindia Belanda, terutama minyak bumi. Penghancuran armada dagang Jepun, ditambah dengan pengeboman strategis kawasan industri di Jepun telah meruntuhkan ekonomi perang Jepun. Produksi batu bara, besi, besi baja, karet, dan pasokan bahan mentah lainnya hanya dalam jumlah kecil dibandingkan pasokan sebelum perang.
Sebagai akibat kerugian yang dialami, kekuatan Angkatan Laut Empayar Jepun secara efektif sudah habis. Setelah serangkaian pengeboman Sekutu di galangan kapal Jepun di Kure, Prefektur Hiroshima, kapal-kapal perang Jepun yang tersisa hanyalah enam kapal induk, empat kapal penjelajah, dan satu kapal tempur. Namun semuanya tidak memiliki bahan bakar yang cukup. Walaupun masih ada 19 kapal perusak dan 38 kapal selam yang masih operasional, pengoperasian mereka menjadi terbatas akibat kekurangan bahan bakar.
Menghadapi kemungkinan penyerbuan Sekutu ke pulau-pulau utama Jepun, dimulai dari Kyushu, Jurnal Perang Markas Besar Empayar menyimpulkan,
Kami tidak dapat lagi memimpin perang dengan ada sedikit pun harapan untuk menang. Satu-satunya jalan yang tersisa adalah mengorbankan nyawa seratus juta rakyat Jepun sebagai bom hidup agar musuh kehilangan semangat bertempur.
Sebagai usaha darurat yang terakhir untuk menghentikan gerak maju Sekutu, Komando Tertinggi Empayar Jepun merencanakan pertahanan Kyushu secara habis-habisan. Usaha yang dinamakan dengan sandi Operasi Ketsu-Go. ini dimaksudkan sebagai perubahan strategi yang radikal. Berbeda dari sistem pertahanan berlapis seperti dipakai sewaktu Serangan Peleliu, Iwo Jima, dan Okinawa, kali ini semuanya dipertaruhkan di pantai. Sebelum pasukan dan perlengkapan didaratkan transpor amfibi di pantai, mereka akan diserang oleh 3.000 pesawat kamikaze. Bila strategi ini tidak mengusir Sekutu, Jepun akan mengerahkan 3.500 pesawat kamikaze tambahan berikut 5.000 kapal bunuh diri Shinyo disertai kapal-kapal perusak dan kapal-kapal selam yang masih tersisa--hingga kapal terakhir yang operasional--untuk menghancurkan Sekutu. Bila Sekutu menang dalam pertempuran di pantai dan berhasil mendarat di Kyushu, hanya akan tersisa 3.000 pesawat untuk mempertahankan pulau-pulau Jepun yang lain. Walaupun demikian, Kyushu akan dipertahankan "hingga titik darah penghabisan". Serangkaian gua-gua digali di dekat Nagano. Gua-gua tersebut disebut Markas Besar Empayar Bawah Tanah Matsushiro akan dijadikan Markas Angkatan Darat di saat terjadinya Serangan Sekutu dan sebagai rumah perlindungan Maharaja Jepun dan keluarga.
Di Tanah Melayu
Pada tahun 1945 Pentadbiran Tentera Jepun di Tanah Melayu telah menyatakan persetujuannya untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama dengan Indonesia. Berita persetujuan tersebut disampaikan kepada pihak nasionalis, terutama sekali kepada pemimpin KRIS.
KRIS dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob dan Dr Burhanuddin AI-Helmy. KRIS ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan Indonesia. la adalah pertubuhan nasionalis yang mendapat sokongan daripada pentadbiran tentera Jepun dan dasarnya merupakan lanjutan daripada dasar-dasar KMM (Kesatuan Melayu Muda).
Menjelang bulan Jun 1945 Jepun telah mula merasakan kekuatannya semakin lemah dan pengaruh di kalangan orang-orang Melayu mula berkurangan. Di dalam kesempitan ini Jepun merasakan perlu untuk memenangi semula hati rakyat terutama golongan nasionalis di Tanah Melayu dan Indonesia.
Akhirnya pentadbiran Tentera Jepun di Indonesia berjanji memberi kemerdekaan kepada Indonesia. Sementara itu golongan nasionalis Tanah Melayu telah menuntut supaya Tanah Melayu juga turut dimerdekakan dan dimerdekakan sebagai sebahagian daripada Indonesia. Pihak nasionalis Indonesia bersetuju dengan cadangan tersebut dan pada hari ini dalam tahun 1945 pentadbiran tentera Jepun di Tanah Melayu telah menyatakan persetujuannya untuk memberi kemerdekaan bersama kepada Tanah Melayu dan Indonesia.
Pada akhir bulan Julai 1945 persidangan kedua Setiausaha Agung Pentadbiran Tentera Jepun bagi Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Tanah Melayu telah diadakan di Singapura. Dalam persidangan tersebut kemerdekaan Indonesia telah dibincangkan.
Pada 12hb. Ogos, 1945 rombongan kemerdekaan Indonesia diketuai oleh Sukarno dan Mohd. Hatta telah singgah di Taiping sekembali mereka dari Saigon setelah menemui Field Marshall Terauchi, Pemerintah Tentera Jepun bagi Wilayah Asia Tenggara. Ibrahim Haji Yaakob dan Dr Burhanuddin AI-Helmy daripada KRIS telah mengadakan rundingan dengan KRIS rombongan Sukarno dan Hatta itu. Dalam rundingan itu pemimpin-pemimpin Indonesia mengulangi persetujuan mereka mengenai kemerdekaan bersama Tanah Melayu-lndonesia dan menyatakan bahawa perisytiharan itu akan dibuat pada minggu berikutnya. Ibrahim Yaakob telah berjanji akan menghantar wakil Tanah Melayu seramai lapan orang ke Indonesia yang terdiri dari empat orang wakil pemimpin nasionalis dan empat orang wakil raja-raja Melayu.
Sementara itu Ibrahim Yaakob telah membuat rancangan tertentu di Tanah Melayu bagi menghadapi kemungkinan kedatangan Indonesia ke Tanah Melayu apabila Jepun menyerah kalah. Jepun menyerah kalah secara tiba-tiba kepada pihak Berikat. Dalam keadaan begini Sukarno dan Hatta telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia tanpa menyebut nama Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada Wilayah Indonesia Raya. Tanah Melayu telah ditinggalkan untuk berjuang bersendirian dan ini menyebabkan rancangan kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia gagal.

Sumber : www.arkib.gov.my dan Wikipedia



Sunday, 5 February 2012

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (Bhg 3) 'Terakhir'

Assalamuaikum & Salam 1 Malaysia, Kita Betemu lagi dalam Kenanganku : info Sejarah. Saya akan membuat Blog kali ini ialah Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (Bahagian 3). Selepas tamat Blog Post ini, saya akan buat blog - blog sejarah yang akan datang di dalam Kenanganku : info Sejarah. 
Selamat membaca!



{Pertempuran Singapura}



Pertempuran Singapura merupakan pertempuran yang berlaku di pentas Asia Tenggara dalam Perang Dunia II apabila Jepun menjajah kubu kuat Pihak Berikat di Singapura. Pertempuran di Singapura bermula dari 7 Februari 1942 – 15 Februari 1942 dan mengakibatkan kejatuhan Singapura ke tangan Jepun dan penyerahan diri terbesar anggota tentera diketuai British dalam sejarah. Sekitar tentera 80,000 India, Australia dan British menjadi tahanan perang, bergabung dengan 50,000 yang ditawan dalam penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
Jepun menyasarkan Tanah Melayu kerana sebagaimana negara lain di Asia Tenggara, ia kaya dengan sumber alam yang boleh digunakan dalam Perang China-Jepun II dengan Republik China. Singapura, yang terletak di selatan, disambung dengan Tanah Melayu melalui Tambak Johor-Singapura. Pihak Jepun melihatkannnya sebagai pelabuhan strategik yang boleh digunakan sebagai tapak pelancaran bagi menyerang kepentingan Pihak Berikat lain di kawasan tersebut, dan bagi mengukuhkan jajahan yang ditawan, dan juga sebagai cara menghapuskan sumber bantuan amal dan kewangan dari Singapura yang menyokong penentang Cina. Bantuan dari penduduk Singapura dalam pelbagai bentuk menjadi perangsang bagi Empayar Jepun untuk menyerang Singapura melalui Tanah Melayu.

{Pendaratan Jepun ke Singapura}


Memusnahkan tambak Johor melewatkan serangan Jepun selama seminggu. Pada pukul 8.30 malam 8 Februari, pasukan mesingan Australia melepaskan tembakan keatas kapal yang mengangkut gelombang pertama 4,000 tentera dari Division ke-5 dan Division ke-18 kearah Pulau SIngapura. Dengan itu, bermulakan Pertempuran Pantai Sarimbun, dalam sektor yang dikawal oleh Brigade ke-22 Australia, di bawah Brigadier Harold Taylor.
Pertempuran sengit berlansung sepanjang hari tetapi peningkatan jumlah tentera Jepun — termasuk kelebihan mereka dalam meriam, kapal terbang, dan risikan — mula memberi kesan. Di kawasan barat laut SIngapura, mereka mengambil peluang dalam bukaan dikalangan garis pertahanan pihak Berikat yang lemah seperti sungai dan muara. Menjelang tengah malam, dua brigade Australia terputus hubungan dengan sesama sendiri dan Brigade ke-22 terpaksa berundur. Pada pukul 1 am, lebih ramai tentera Jepun mendarat di barat laut pulau dan pasukan simpanan terakhir Australia digerakkan ke situ. Menjelang subuh 9 Februari unsur Brigade ke-22 ditumpaskan atau dikepong, dan 2/18th Australian Infantry Battalion telah kehilangan lebih separuh anggotanya.

{Hari kedua}

Percival mengekalkan kepercayaan bahawa pendaratan lanjut akan berlaku di timur laut dan tidak menambah bantuan Brigade ke-22. Menjelang 9 Februari, pendaratan Jepun beralih ke barat daya, di mana mereka bertembung dengan Brigade Induia ke-44. Unit Berikat diasak berundur ke timur. Bennett memutuskan untuk membentuk baris pertahanan kedua, dikenali sebagai "Garis Jurong", sekitar Bulim, timur Lapangan terbang Tengah dan hanya di utara Jurong.
Brigadier Duncan Maxwell's Australian 27th Brigade, ke utara, tidak berhadapan dengan serangan Jepun sehingga Pengawal Maharaja mendarat pada pukul 10pm 9 Februari. Operasi ini tidak berjalan lancar bagi pihak Jepun, yang berhadapan kemalangan jiwa yang besar akibat tembakan mesingan dan motar dari pasukan Australia, dan dari pembakaran minyak yang telah dicurah ke dalam air. Sejumlah kecil Pengawal sampai ke gigi air dan mengekalkan kedudukan yang lemah(tenuous beachhead').
Masaalah pentakbiran dan kawalan menyebabkan retak lanjut dalam baris pertahanan pihak Berikat. Maxwell menyedari bahawa Brigade ke-22 semakin tertekan, tetapi gagal menghubungi Taylor dan risaukan pengepungan. Disebalik kejayaan brigadenya dan — bertentangan dengan perintah dari Bennett — Maxwell memerintah pengunduran dari Kranji di utara tengah. Dengan itu, pihak Berikat kehilangan kawalan pantai bersebelahan dengan sebelah barat Tambak Johor.

{Penembusan Jepun}


Bukaan di Kranji menjadikannya boleh bagi unit berperisai Pengawal Maharaja untuk mendarat tanpa tentangan di Kranji. Kereta kebal dengan perkakasan apungan ditunda merentasi selat Teberau dan meju dengan pantas keselatan, sepanjang Jalan Woodlands. Ini membenarkan Yamashita untuk mengenepikan Briigade ke-22 di Garis Jurong, dan juga Division India ke-11 di pengkalan tentera laut. Bagaimanapun, Pengawal Maharaja gagal mengambil peluang untuk maju kepusat bandar Singapura itu sendiri.

Pada 11 Februari, mengetahui bahawa bekalan Jepun semakin sedikit, Yamashita memutuskan bagi menipu dan menghubungi untuk "menghentikan tentangan terdesak dan tidak bermakna ini". Pada tahap ini, kekuatan tempur Brigade ke-22 — yang menangani kebanyakan serangan Jepun — telah menurun kepada beberapa ratus anggota. Pihak Jepun telah menawan kawasan Bukit Timah selepas Pertempuran Bukit Timah, termasuk kebanyakan bekalan peluru dan bahan api pihak Berikat dan menberikan mereka kawalan bekalan air utama.
Pada hari berikutnya baris pihak Berikat stabil sekitar kawasan kecil di tenggara Singapura dan mematahkan serangan bersungguh Jepun. Unit lain termasuk Brigade Infantri 1 Melayu turut serta. Satu platoon Melayu 42- anggota, diketuai oleh pegawai muda, Lt Adnan bin Saidi, menahan Jepun selama dua hari dalam Pertempuran Pasir Panjang. Unitnya mempertahankan Bukit Chandu, kawasan di mana simpanan termasuk simpanan peluru pihak Berikat terbesar. Adnan dibunuh oleh Jepun selepas unitnya dikalahkan.
Pada 13 Februari, dengan pihak Berikat masih berundur, pegawai senior menasihat Percival untuk menyerah, bagi kepentingan mengurangkan kehilangan jiwa orang awam. Percival enggan tetapi gagal mendapatkan kuasa untuk menyerah dari atasannya.
Pada hari yang sama, polis tentera melaksanakan hukuman bunuh keatas petualang British yang disabitkan kesalahan, Kapten Patrick Heenan, yang telah menjadi Pegawai Perhubungan Udara dengan Tentera India. Heenan ditembak di Keppel Harbour disebelah selatan Singapore, dan dicampakkan kelaut. Perisikan tentera Jepun telah mengambil Heenan sebelum perang, dan dia menggunakan radio bagi membantu mereka mensasarkan lapangan terbang Berikat di utara Malaysia. Dia ditahan pada 10 Disember dan di bicara oleh mahkamah tentera pada Januari.
Pada hari berikut baki unit Berikat yang masih tinggal terus bertempur; kemalangan jiwa orang awam meningkat ketika satu juta orang bersesak dikawasan yang dipegang oleh pihak Berikat, dan pengeboman dan bedilan meriam meningkat. Pihak berkuasa awam mulai bimbang bekalan air akan terputus.







{British Menyerlah Kalah}

{Kejatuhan Singapura}


Menjelang pagi Tahun Baru Cina, 15 Februari, pihak Jepun menembusi barisan pertahanan terakhir dan pihak Berikat kehabisan makanan dan sesetengah bakalan peluru. Meriam anti-pesawat juga kehabisan peluru dan tidak mampu mematahkan serangan udara Jepun lanjut yang mengancam menyebabkan kehilangan jiwa yang besar dikalangan orang awam di pusat bandar. Selepas mesyuarat dengan komander unitnya, Percival menghubungi pihak Jepun dan menyerah kalah secara rasmi pasukan Berikat kepada Yamashita di Kilang Kereta Ford, sejurus selepas 5.15pm.
Bennett, bersama sebahagian pagawai bawahannya, menyebabkan kontrovesi apabila dia menyerahkan pemerintahan Division ke-8 kepada brigadier dan merampas bot kecil. Mereka akhirnya selamat kembali ke Australia. Penjajahan Jepun di Singapura telah bermula. Bandar ini dinamakan semula sebagai Syonan-to (bahasa Jepun: 昭南島 Shōnan-tō, secara harafiah Cahaya Pulau Selatan). Pihak Jepun membalas dendam terhadap kaum Cina dan cuba menghapuskan sesiapa yang mempunyai semangat anti-Jepun.
Penjajahan Jepun di Singapura telah bermula. Bandar ini dinamakan semula sebagai Syonan-to(bahasa Jepun: 昭南島 Shōnan-tō, secara harafiah Cahaya Pulau Selatan). Pihak Jepun membalas dendam terhadap kaum Cina dan cuba menghapuskan sesiapa yang mempunyai semangat anti-Jepun. Disebabkan Perang Sino-Jepun Kedua, pihak berkuasa Maharaja mensyaki kaum Cina. Ramai yang dibunuh dalam apa yang dikenali sebagai penyembelihan Sook Ching. Kaum lain di Singapore, seperti orang melayu, dan India tidak terkecuali. Peduduk mengalami kesulitan teruk semasa pemerintahan Jepun sepanjang tiga setengah tahun berikut.
Kebanyakan tentera Berikat yang ditawan kekal di Singapura, di Penjara Changi. Beribu yang lain pula dihantar menggunakan penggangkut tawanan yang dikenali sebagai "Kapal Neraka" kebahagian Asia lain, termasuk Jepun, untuk digunakan sebagai buruh paksa dalam projek seperti Landasan Siam-Burma dan lapangan terbang Sandakan di Borneo Utara — menyebabkan ramai yang mati.



    Briged Ke-53 Infantri British (53 Briged) adalah sebuah briged Tentera British yang berkhidmat semasa Perang Dunia II
53 Briged adalah salah satu daripada briged yang ditugaskan dengan Divisyen ke-18 Infantri British yang dihantar ke Singapura sebagai pasukan bantuan dalam bulan Februari 1942 untuk menguatkan pasukan Tentera British yang mempertahankan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura daripada serangan Tentera Jepun.
Pada asalnya, briged ini ditubuhkan sebagai Briged ke-163 Infantri British tetapi pada 18 September 1939 ditukarkan menjadi 53 Briged.
53 Briged tiba di Singapura pada 13 Januari 1942 sebagai pasukan bantuan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Winston Churchill kepada Lt. Jen. A. E. Percival, panglima Markas Gerakan Tanah Melayu. Churchill mahukan Percival mempertahankan Tanah Melayudan Singapura sehingga ke titisan darah yang terakhir dan menjanjikan askar-askar tambahan untuk menguatkan pasukan Tentera British di Tanah Melayu.
53 Briged diletakkan di bawah pemerintahan Divisyen ke-11 India sebagai sebahagian daripada Westforce yang diperintah oleh Mej. Jen.Gordon Bennett, Panglima Pasukan Tentera Australia di Tanah Melayu. 53 briged bertempur di bahagian selatan Tanah Melayu dan kemudiannya terlibat dalam pengunduran pasukan askar Komanwel ke Singapura, bila mana 53 Briged kembali diletakkan di bawah pemerintahan Divisyen ke-18 Infantri British. 53 Briged kemudiannya terlibat dalam Pertempuran Singapura sehingga saat Tentera British menyerah kalah.
53 Briged bersama-sama lain-lain pasukan Tentera British menyerah kalah pada 15 Februari 1942 apabila Lt. Jen. A. E. Percival menandatangani surat cara menyerah kalah kepada lt. Jen. Tomoyuki Yamashita. Pegawai-pegawai dan anggota [Briged]] ini dijadikan tawanan perang bersama-sama lain-lain unit dalam Divisyen ke-18 Infantri British.

{Nota}:

Sekian sahaja Blog Kenanganku : info Sejarah (Pendudukan Jepun di Tanah Melayu ini, saya minta maaf kepada pembaca blog Kenanganku. Kalau salah silap, kesalahan bahasa & Salah ejaan tetap saya dimaafkan. Semoga jumpa lagi di Kenanganku : info Sejarah yang lain pada bulan depan iaitu ogos dan jumpa lagi di Blog Kenanganku: edisi Aktiviti Muhd Faez di SMK Bukit Jana pada 
mei ini. Assalamuaikum dan jumpa lagi.

Blog Kenanganku Selepas ini :
{Filem Leftenan Adnan}





Blog Kenanganku yang akan datang:


{Jepun menyerlah Kalah & Kemerdekaan Malaysia}

Penulis oleh:

Muhd Faez Mohd Said & (ms.wikipedia.org)




Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (Bhg 2)

Assalamuaikum & 1 Malaysia dan salam Perak Aman Jaya. Bertemu Lagi dalam Blog Saya, Kenanganku. Pada Januari 2012 yang lalu, Saya sudah membuat tentang Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 
(bahagian Pertama) sebelum ini. Kemudian, saya akan buat Blog Kenanganku kali ini tentang Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (bahagian Kedua). Cerita ini tentang bagaimana Tentera Jepun yang memasuki Tanah Melayu dengan menggunakan Kereta Kebal untuk menewaskan british mengantikan askar jepun yang gagal taktik untuk menewaskan British sebelum menuju ke Singapura. Leftenan Jeneral A.E Percival, Ketua British di Tanah Melayu suruh Askarnya Berundur ke Singapura. Kalau anda membaca lagi, Sila baca di bawah dan anda tahu infonya. Selamat Membaca!



{Kemasukan Jepun dari Siam}

Pihak Jepun telahpun mengugut kerajaan Thai bagi membenarkan mereka menggunakan pengkalan tentera Thai bagi melancarkan serangan ke Tanah Melayu, selepas bertempur dengan tentera Thai selama lapan jam dalam Pertempuran Prachuab Khirikhan pada awal pagi. Thailand kemudiannya akan terlibat dalam perikatan tentera rasmi dengan Jepun untuk terus menyerang Tanah Melayu. Bagi pasukan yang mempertahankan koloni, terdiri daripada tentera British, Australia dan India, Pertempuran Tanah Melayu merupakan kempen yang membawa bencana.
Ketumbukan ke 5 tentera Jepun yang dipimpin oleh Lt. Jeneral Takaro Matsui telah ditugaskan menyerang Kedah mula mendarat di Singgora pada 8 Disember 1941. Pada awal pagi 10 Disember 1941, pasukan tentera Jepun di bawah perintah Kolonel Saeiki mula menyerang sempadan Bukit Kayu Hitam tetapi serangan tersebut dapat ditangkis tentera British. Namun serangan balas pada pagi tersebut juga memaksa tentera British berundur ke Asun. Tentera British yang mempertahankan Asun kemudiannya diasak dan memaksa mereka berundur ke Jitra. Dalam masa yang sama, tentera British yang mempertahankan Perlis terpaksa berundur ke Jitra. Semasa pengunduran, tentera British meletupkan beberapa jambatan kecil di sepanjang jalan antara Kodiang dengan Jitra. Ini menyebabkan banyak senjata berat tidak dapat di bawa ke Jitra.
Sementara itu, di sebelah pantai timur, tentera Jepun yang mendarat, pada awalnya ditentang oleh Kor ke III India dari Tentera India dan beberapa batalion tentera British. Tentera Jepun dengan pantas mengasingkan unit India yang mempertahanan pantai, sebelum menumpukan tentera mereka bagi mengepong dan memaksa pasukan bertahan agar menyerah. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju kearah Sungai Perak.
Pasukan Jepun mempunyai sedikit kelebihan dari segi jumlah tentera di utara Tanah Melayu, dan kelebihan yang banyak dalam sokongan udara dekat, kereta kebal, kordinasi, taktik dan pengalaman oleh unit Jepun yang pernah bertempur dalam China. Sementara, pihak Jepun mempunyai jumlah kapal terbang yang kurang sedikit, kapal terbang pejuang mereka pada kebiasaannya lebih baik dan mencapai kelebihan udara. Pihak Berikat tidak mempunyai kereta kebal, yang meletakkan mereka dalam keadaan kurang baik. Pihak Jepun juga menggunakan infantari berbasikal dan kereta kebal ringan, yang membenarkan pergerakan pantas pasukan mereka melalui darat dan melalui muka bumi yang diselitupi hutan hujan tropika yang tebal.
Pihak British telah mempunyai rancangan bagi melewatkan pendaratan Jepun di Selatan Thailand tetapi Ketua Marshal Udara Sir Robert Brooke-Popham, Panglima Tertinggi (Commander-in-Chief) bagi Markas Gerakan Timur Jauh British menolak memberikan kebenaran bagi melancarkan Operasi Matador dan Operasi Krohcol sebelum serangan Jepun, bagi mengelakkan risiko membangkitkan perang yang akan meletus.
Force Z tentera laut, terdiri daripada kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse, bersama dengan empat pembinasa, dan diperintah oleh Laksamana Tom Phillips telah tiba sejurus sebelum permusuhan meletus. Bagaimanapun, kelebihan tentera udara Jepun mendorong kepada Penenggelaman HMS Prince of Wales dan HMS Repulse pada 10 Disember 1941, menjadikan persisiran pantai barat Tanah Melayu terdedah dan membenarkan tentera Jepun untuk meneruskan pendaratan mereka.

{19 Disember 1941 - 31 Januari 1942}



Pada 23 Disember Major-General Murray-Lyon dari Division Infantari India ke-11 ditukarkan dari bertugas tanpa memberi apa-apa kesan. Menjelang hujung minggu pertama Januari, keseluruhan daerah utara Tanah Melayu telah jatuh ketangan Jepun. Pada masa yang sama, Thailand secara rasminya menandatangani Persefahaman Persahabatan (Treaty of Friendship) dengan kerajaan Imperial Jepun, yang melengkapkan pembentukan perikatan tentera yang longgar. Thailand kemudiannya dibenarkan oleh pihak Jepun bagi meneruskan penguasaan mereka terhadap beberapa kesultanan di utara Tanah Melayu, dengan itu mengukuhkan pendudukan mereka.
Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan Ipoh pada 26 Disember. Penentangan sengit terhadap kemaraan Jepun dalam Pertempuran Kampar berlangsung selama tiga hari dan tiga malam antara 30 Disember 1941 sehingga 2 Januari 1942, sebelum Tentera British terpaksa berundur. Pada 7 Januari 1942, dua pasukan Briged India Tentera British dipintas dalam Pertempuran Slim River yang memberikan tentera Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur, ibu negara Tanah Melayu. Pada 9 Januari, kedudukan pasukan British semakin terdesak dan Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British ke utara Johor, dan meninggalkan Kuala Lumpur. Ia tidak mengambil masa yang lama bagi tentera Jepun menakluk matlamat mereka seterusnya, bandar Kuala Lumpur. Tentera Jepun masuk dan menduduki Kuala Lumpur tanpa ditentang pada 11 Januari 1942. Pulau Singapura kini berada hanya kurang daripada 200 batu dari tentera penakluk Jepun.

{Pertahanan Johor}



Barisan pertahanan British ditubuhkan di utara Johor antara Muar di barat sehingga Segamat, dan kemudiannya sehingga Mersing di sebelah timur. Briged Ke-45 ditempatkan di bahagian barat antara Muar dan Segamat. Pasukan Australia diletakkan pada kedudukan tengah dan bergerak maju ke utara dari Segamat ke Gemas di mana mereka bertembung dengan pasukan tentera Jepun yang sedang mara pada 14 Januari 1942.
Pada 15 Januari, Divisyen Ke-15 yang merupakan pasukan tentera utama Jepun, tiba dan bertempur buat pertama kali dengan pasukan Australia Division ke 8, di bawah pemerintahan Major-General Gordon Bennett. Semasa pertempuran dengan tentera Australia, tentera Jepun mengalami kekalahan taktikal buat kali pertamanya, disebabkan tentangan sengit yang diberikan oleh (Tentera Imperial Australia) di Gemas. Pertempuran tersebut, berpusat sekitar Jambatan Gemencheh, memberikan kerugian besar kepada pihak Jepun, yang mengalami 600 korban tetapi jambatan itu sendiri, yang telah dimusnahkan semasa pertempuran, diperbaiki dalam tempoh enam jam.
Pihak Jepun kemudiannya cuba mengelilingi pertahanan pasukan Australia di barat Gemas, dengan itu memulakan pertempuran paling sengit dalam kempen penaklukan Tanah Melayu yang bermula 15 Januari di persisiran pantai barat Semenanjung Tanah Melayu berhampiran Sungai Muar. Bennett meletakkan Brigade India ke 45 yang tidak berpengalaman dan masih mentah bagi mempertahankan tebing Selatan sungai Muar tetapi unit tersebut dipintas oleh unit Jepun yang mendarat dari laut dan Brigade tersebut hampir musnah sepenuhnya dan komandernya Brigadier Duncan terbunuh.
Pihak British mengarah Batalion Ke-19 dan Ke-29 ke barat, dan batalion Ke-19 bertempur dengan pihak Jepun pada 17 Januari 1942 di selatan Muar. Diketuai oleh AIF Liftenan-Kolonel Anderson, tentera India yang berundur disokong oleh tentera Australia membentuak pasukan Muar dan bertempur sengit selama empat hari bagi membenarkan sisa tentera Komenwelth berundur dari utara Tanah Melayu, dengan itu mengelakkan dipintas dan berundur melalui pasukan Jepun kekawasan selamat. Apabila Pasukan Muar sampai ke jambatan di Parit Sulong dan mendapati ia ditangan musuh, Anderson, dengan jumlah yang mati dan tercedera meningkat, mengarahkan setiap orang cuba 'menyelamatkan diri masing-masing'. Mereka yang mampu melalui hutan, paya, dan ladang getah bagi sampai ke ibupejabat batalion di Yong Peng. Mereka yang tercedera ditinggalkan kepada ihsan Jepun dan kesemua kecuali dua dari 135 disiksa dan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong. Leftenan-Kolenal Anderson dianugerahkan Victoria Cross bagi perjuangannya semasa berundur..

Pertempuran berlanjutan sehingga 18 Januari, dan pada 20 Januari, pendaratan lanjut tentera Jepun dilakukan di Endau, walaupun menerima tentangan hebat dari serangan udara pengebom torpedo Vickers Vildebeest yang lapuk. Pertahanan terakhir Komonwelth di Johor Batu Pahat-Kluang-Mersing kini diserang sepanjang garis pertahanannya. Malangnya Percival telah menentang pembinaan pertahanan kaku di Johor, di persisiran utara Singapura, mengenepikan permintaan berulang untuk memulakan pembinaan oleh Ketua Juruteranya, Brigadier Ivan Simson, dengan ulasan "Pertahanan buruk untuk moral".
Di sebalik cubaan Batalion Ke-19 dan Ke-29, Garis Pertahanan Johor roboh. Jeneral Wavell memerintah pengunduran umum menyeberangi Selat Johor ke pulau Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke dalam tangan Jepun.


(Bersambung).....


{Bahagian terakhir : Pertempuran Singapura & British menyerlah
kalah}

Friday, 27 January 2012

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (Bhg 1)

(Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu)


Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember 1941, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya Serangan ke atas Pelabuhan Pearl. Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Bharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pelabuhan Pearl melalui udara.



Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Patani, Butterworth dan Alor Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.
Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju ke Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.

Kesimpulannya:
Kita mestilah berwaspada kepada tentera british dan jepun di tanah melayu pada masa yang lalu.
pantunnya: sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
(Bersambung)


{Kemasukan tentera Jepun dari Siam, (19 Disember 1941 - 31 Januari 1942),
Pertahanan Johor }.