Assalamuaikum & Salam 1 Malaysia, Kita Betemu lagi dalam Kenanganku : info Sejarah. Saya akan membuat Blog kali ini ialah Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (Bahagian 3). Selepas tamat Blog Post ini, saya akan buat blog - blog sejarah yang akan datang di dalam Kenanganku : info Sejarah.
Selamat membaca!
{Pertempuran Singapura}
Pertempuran Singapura merupakan pertempuran yang berlaku di pentas Asia Tenggara dalam Perang Dunia II apabila Jepun menjajah kubu kuat Pihak Berikat di Singapura. Pertempuran di Singapura bermula dari 7 Februari 1942 – 15 Februari 1942 dan mengakibatkan kejatuhan Singapura ke tangan Jepun dan penyerahan diri terbesar anggota tentera diketuai British dalam sejarah. Sekitar tentera 80,000 India, Australia dan British menjadi tahanan perang, bergabung dengan 50,000 yang ditawan dalam penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
Jepun menyasarkan Tanah Melayu kerana sebagaimana negara lain di Asia Tenggara, ia kaya dengan sumber alam yang boleh digunakan dalam Perang China-Jepun II dengan Republik China. Singapura, yang terletak di selatan, disambung dengan Tanah Melayu melalui Tambak Johor-Singapura. Pihak Jepun melihatkannnya sebagai pelabuhan strategik yang boleh digunakan sebagai tapak pelancaran bagi menyerang kepentingan Pihak Berikat lain di kawasan tersebut, dan bagi mengukuhkan jajahan yang ditawan, dan juga sebagai cara menghapuskan sumber bantuan amal dan kewangan dari Singapura yang menyokong penentang Cina. Bantuan dari penduduk Singapura dalam pelbagai bentuk menjadi perangsang bagi Empayar Jepun untuk menyerang Singapura melalui Tanah Melayu.
{Pendaratan Jepun ke Singapura}
Memusnahkan tambak Johor melewatkan serangan Jepun selama seminggu. Pada pukul 8.30 malam 8 Februari, pasukan mesingan Australia melepaskan tembakan keatas kapal yang mengangkut gelombang pertama 4,000 tentera dari Division ke-5 dan Division ke-18 kearah Pulau SIngapura. Dengan itu, bermulakan Pertempuran Pantai Sarimbun, dalam sektor yang dikawal oleh Brigade ke-22 Australia, di bawah Brigadier Harold Taylor.
Pertempuran sengit berlansung sepanjang hari tetapi peningkatan jumlah tentera Jepun — termasuk kelebihan mereka dalam meriam, kapal terbang, dan risikan — mula memberi kesan. Di kawasan barat laut SIngapura, mereka mengambil peluang dalam bukaan dikalangan garis pertahanan pihak Berikat yang lemah seperti sungai dan muara. Menjelang tengah malam, dua brigade Australia terputus hubungan dengan sesama sendiri dan Brigade ke-22 terpaksa berundur. Pada pukul 1 am, lebih ramai tentera Jepun mendarat di barat laut pulau dan pasukan simpanan terakhir Australia digerakkan ke situ. Menjelang subuh 9 Februari unsur Brigade ke-22 ditumpaskan atau dikepong, dan 2/18th Australian Infantry Battalion telah kehilangan lebih separuh anggotanya.
{Hari kedua}
Percival mengekalkan kepercayaan bahawa pendaratan lanjut akan berlaku di timur laut dan tidak menambah bantuan Brigade ke-22. Menjelang 9 Februari, pendaratan Jepun beralih ke barat daya, di mana mereka bertembung dengan Brigade Induia ke-44. Unit Berikat diasak berundur ke timur. Bennett memutuskan untuk membentuk baris pertahanan kedua, dikenali sebagai "Garis Jurong", sekitar Bulim, timur Lapangan terbang Tengah dan hanya di utara Jurong.
Brigadier Duncan Maxwell's Australian 27th Brigade, ke utara, tidak berhadapan dengan serangan Jepun sehingga Pengawal Maharaja mendarat pada pukul 10pm 9 Februari. Operasi ini tidak berjalan lancar bagi pihak Jepun, yang berhadapan kemalangan jiwa yang besar akibat tembakan mesingan dan motar dari pasukan Australia, dan dari pembakaran minyak yang telah dicurah ke dalam air. Sejumlah kecil Pengawal sampai ke gigi air dan mengekalkan kedudukan yang lemah(tenuous beachhead').
Masaalah pentakbiran dan kawalan menyebabkan retak lanjut dalam baris pertahanan pihak Berikat. Maxwell menyedari bahawa Brigade ke-22 semakin tertekan, tetapi gagal menghubungi Taylor dan risaukan pengepungan. Disebalik kejayaan brigadenya dan — bertentangan dengan perintah dari Bennett — Maxwell memerintah pengunduran dari Kranji di utara tengah. Dengan itu, pihak Berikat kehilangan kawalan pantai bersebelahan dengan sebelah barat Tambak Johor.
{Penembusan Jepun}
Bukaan di Kranji menjadikannya boleh bagi unit berperisai Pengawal Maharaja untuk mendarat tanpa tentangan di Kranji. Kereta kebal dengan perkakasan apungan ditunda merentasi selat Teberau dan meju dengan pantas keselatan, sepanjang Jalan Woodlands. Ini membenarkan Yamashita untuk mengenepikan Briigade ke-22 di Garis Jurong, dan juga Division India ke-11 di pengkalan tentera laut. Bagaimanapun, Pengawal Maharaja gagal mengambil peluang untuk maju kepusat bandar Singapura itu sendiri.
Pada 11 Februari, mengetahui bahawa bekalan Jepun semakin sedikit, Yamashita memutuskan bagi menipu dan menghubungi untuk "menghentikan tentangan terdesak dan tidak bermakna ini". Pada tahap ini, kekuatan tempur Brigade ke-22 — yang menangani kebanyakan serangan Jepun — telah menurun kepada beberapa ratus anggota. Pihak Jepun telah menawan kawasan Bukit Timah selepas Pertempuran Bukit Timah, termasuk kebanyakan bekalan peluru dan bahan api pihak Berikat dan menberikan mereka kawalan bekalan air utama.
Pada hari berikutnya baris pihak Berikat stabil sekitar kawasan kecil di tenggara Singapura dan mematahkan serangan bersungguh Jepun. Unit lain termasuk Brigade Infantri 1 Melayu turut serta. Satu platoon Melayu 42- anggota, diketuai oleh pegawai muda, Lt Adnan bin Saidi, menahan Jepun selama dua hari dalam Pertempuran Pasir Panjang. Unitnya mempertahankan Bukit Chandu, kawasan di mana simpanan termasuk simpanan peluru pihak Berikat terbesar. Adnan dibunuh oleh Jepun selepas unitnya dikalahkan.
Pada 13 Februari, dengan pihak Berikat masih berundur, pegawai senior menasihat Percival untuk menyerah, bagi kepentingan mengurangkan kehilangan jiwa orang awam. Percival enggan tetapi gagal mendapatkan kuasa untuk menyerah dari atasannya.
Pada hari yang sama, polis tentera melaksanakan hukuman bunuh keatas petualang British yang disabitkan kesalahan, Kapten Patrick Heenan, yang telah menjadi Pegawai Perhubungan Udara dengan Tentera India. Heenan ditembak di Keppel Harbour disebelah selatan Singapore, dan dicampakkan kelaut. Perisikan tentera Jepun telah mengambil Heenan sebelum perang, dan dia menggunakan radio bagi membantu mereka mensasarkan lapangan terbang Berikat di utara Malaysia. Dia ditahan pada 10 Disember dan di bicara oleh mahkamah tentera pada Januari.
Pada hari berikut baki unit Berikat yang masih tinggal terus bertempur; kemalangan jiwa orang awam meningkat ketika satu juta orang bersesak dikawasan yang dipegang oleh pihak Berikat, dan pengeboman dan bedilan meriam meningkat. Pihak berkuasa awam mulai bimbang bekalan air akan terputus.
{British Menyerlah Kalah}
{Kejatuhan Singapura}
Menjelang pagi Tahun Baru Cina, 15 Februari, pihak Jepun menembusi barisan pertahanan terakhir dan pihak Berikat kehabisan makanan dan sesetengah bakalan peluru. Meriam anti-pesawat juga kehabisan peluru dan tidak mampu mematahkan serangan udara Jepun lanjut yang mengancam menyebabkan kehilangan jiwa yang besar dikalangan orang awam di pusat bandar. Selepas mesyuarat dengan komander unitnya, Percival menghubungi pihak Jepun dan menyerah kalah secara rasmi pasukan Berikat kepada Yamashita di Kilang Kereta Ford, sejurus selepas 5.15pm.
Bennett, bersama sebahagian pagawai bawahannya, menyebabkan kontrovesi apabila dia menyerahkan pemerintahan Division ke-8 kepada brigadier dan merampas bot kecil. Mereka akhirnya selamat kembali ke Australia. Penjajahan Jepun di Singapura telah bermula. Bandar ini dinamakan semula sebagai Syonan-to (bahasa Jepun: 昭南島 Shōnan-tō, secara harafiah Cahaya Pulau Selatan). Pihak Jepun membalas dendam terhadap kaum Cina dan cuba menghapuskan sesiapa yang mempunyai semangat anti-Jepun.
Penjajahan Jepun di Singapura telah bermula. Bandar ini dinamakan semula sebagai Syonan-to(bahasa Jepun: 昭南島 Shōnan-tō, secara harafiah Cahaya Pulau Selatan). Pihak Jepun membalas dendam terhadap kaum Cina dan cuba menghapuskan sesiapa yang mempunyai semangat anti-Jepun. Disebabkan Perang Sino-Jepun Kedua, pihak berkuasa Maharaja mensyaki kaum Cina. Ramai yang dibunuh dalam apa yang dikenali sebagai penyembelihan Sook Ching. Kaum lain di Singapore, seperti orang melayu, dan India tidak terkecuali. Peduduk mengalami kesulitan teruk semasa pemerintahan Jepun sepanjang tiga setengah tahun berikut.
Kebanyakan tentera Berikat yang ditawan kekal di Singapura, di Penjara Changi. Beribu yang lain pula dihantar menggunakan penggangkut tawanan yang dikenali sebagai "Kapal Neraka" kebahagian Asia lain, termasuk Jepun, untuk digunakan sebagai buruh paksa dalam projek seperti Landasan Siam-Burma dan lapangan terbang Sandakan di Borneo Utara — menyebabkan ramai yang mati.
Briged Ke-53 Infantri British (53 Briged) adalah sebuah briged Tentera British yang berkhidmat semasa Perang Dunia II
53 Briged adalah salah satu daripada briged yang ditugaskan dengan Divisyen ke-18 Infantri British yang dihantar ke Singapura sebagai pasukan bantuan dalam bulan Februari 1942 untuk menguatkan pasukan Tentera British yang mempertahankan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura daripada serangan Tentera Jepun.
Pada asalnya, briged ini ditubuhkan sebagai Briged ke-163 Infantri British tetapi pada 18 September 1939 ditukarkan menjadi 53 Briged.
53 Briged tiba di Singapura pada 13 Januari 1942 sebagai pasukan bantuan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Winston Churchill kepada Lt. Jen. A. E. Percival, panglima Markas Gerakan Tanah Melayu. Churchill mahukan Percival mempertahankan Tanah Melayudan Singapura sehingga ke titisan darah yang terakhir dan menjanjikan askar-askar tambahan untuk menguatkan pasukan Tentera British di Tanah Melayu.
53 Briged diletakkan di bawah pemerintahan Divisyen ke-11 India sebagai sebahagian daripada Westforce yang diperintah oleh Mej. Jen.Gordon Bennett, Panglima Pasukan Tentera Australia di Tanah Melayu. 53 briged bertempur di bahagian selatan Tanah Melayu dan kemudiannya terlibat dalam pengunduran pasukan askar Komanwel ke Singapura, bila mana 53 Briged kembali diletakkan di bawah pemerintahan Divisyen ke-18 Infantri British. 53 Briged kemudiannya terlibat dalam Pertempuran Singapura sehingga saat Tentera British menyerah kalah.
53 Briged bersama-sama lain-lain pasukan Tentera British menyerah kalah pada 15 Februari 1942 apabila Lt. Jen. A. E. Percival menandatangani surat cara menyerah kalah kepada lt. Jen. Tomoyuki Yamashita. Pegawai-pegawai dan anggota [Briged]] ini dijadikan tawanan perang bersama-sama lain-lain unit dalam Divisyen ke-18 Infantri British.
{Nota}:
Sekian sahaja Blog Kenanganku : info Sejarah (Pendudukan Jepun di Tanah Melayu ini, saya minta maaf kepada pembaca blog Kenanganku. Kalau salah silap, kesalahan bahasa & Salah ejaan tetap saya dimaafkan. Semoga jumpa lagi di Kenanganku : info Sejarah yang lain pada bulan depan iaitu ogos dan jumpa lagi di Blog Kenanganku: edisi Aktiviti Muhd Faez di SMK Bukit Jana pada
mei ini. Assalamuaikum dan jumpa lagi.
Blog Kenanganku Selepas ini :
{Filem Leftenan Adnan}
Blog Kenanganku yang akan datang:
{Jepun menyerlah Kalah & Kemerdekaan Malaysia}
Penulis oleh:
Muhd Faez Mohd Said & (ms.wikipedia.org)