Assalamuaikum dan Selamat datang ke Blog saya iaitu 'kenanganku' : Info Sejarah pada bulan ini. Saya akan membuat beberapa info tentang penjajahan jepun di tanah melayu & sambutan Hari guru di dalam blog saya ini. dan tidak lupa, saya akan membuat info yang lain pada masa akan datang. selamat membaca!
''Sejarah Hari Guru di Malaysia''
Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru.
Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Tema hari guru (1972 - 2011)
- 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
- 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
- 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
- 1975 Guru dan Pembangunan Negara
- 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
- 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
- 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
- 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
- 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
- 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
- 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
- 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
- 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
- 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
- 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
- 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
- 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
- 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
- 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
- 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
- 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
- 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
- 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
- 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
- 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
- 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
- 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
- 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
- 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
- 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
- 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
- 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
- 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
- 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
- 2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
Permasalahan
Hanya mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan sahaja yang mengambil tahu tentang sambutan perayaan berskala seni ini. Sedangkan orang yang tidak terlibat dengan bidang secara umumnya kurang mnegetahui sehinggalah anak mereka merungut untuk membeli hadiah untuk guru sewaktu sambutan hari guru di sekolah diadakan.
No comments:
Post a Comment