|
Pengarah
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penulis:
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lakonan:
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Krew:
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Anugerah:
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Anugerah (Pencalonan):
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sinopsis: Zack dan Sham adalah dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam bidang perlumbaan kereta 'drift'. Kelazimannya bidang perlumbaan kereta 'drift' didominasi oleh golongan maskulin tetapi ianya tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopili itu dan menjadikannya sebagai satu hobi yang dikira 'daring' dan agresif. Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjeremuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat. Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lahir bibit-bibit cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack. Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl merasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta 'drift' ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya. Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul anatara Zac dan Joe mereka telah membuat keputusan untuk berlumba kereta yabg dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing. EVOLUSI KL DRIFT adalah paparan kehidupan remaja yang mencari hala tuju identiti membawa kepada asimilasi rasa yang berupaya menjerumuskan mereka ke dalam perubahan yang ketara. Penerbit : Datuk Yusof Haslam Penulis Oleh : www.sinemamalaysia.com.my | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||